JBPM kenal pasti 406 kawasan titik panas di seluruh negara
PUTRAJAYA, 4 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit, setakat ini.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata antara kawasan itu ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor.
YPR大厦凌晨夺命土崩 工程部准备提供协助
今日凌晨于士布爹花园YPR大厦旁土崩导致一名73岁的保安人员丧生案,工程部准备提供任何协助。
Insiden runtuhan di Wisma YPR: KKR sedia tawar bantuan – Nanta
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menawarkan bantuan berhubung kejadian runtuhan penahan tebing di Wisma YPR, Taman Seputeh, di sini sehingga mengorbankan seorang pengawal keselamatan, awal pagi tadi.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan terbabit.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Anwar ucap Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di negara ini.