Polis siasat perhimpunan 1 Mei, gimik pelancaran Gerakan Rakyat
KUALA LUMPUR, 2 Mei: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction menyaksikan sekumpulan peserta berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak ke Jalan Leboh Ampang, dan satu lagi perhimpunan diadakan di sekitar Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Mayat dua beradik perempuan lemas ditemukan orang awam
KOTA TINGGI, 1 Mei: Kegembiraan enam sekeluarga bermandi-manda di Pantai Awam Tanjung Buloh, Kuala Sedili, di sini sempena cuti umum Hari Pekerja bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas oleh orang awam, petang tadi.