SPRM laksana program bersasar, cegah isu kartel dan ketirisan dana kerajaan
KUALA LUMPUR, 27 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan program bersasar melibatkan sektor perolehan kerajaan, sektor dana awam atau peruntukan kerajaan dan sektor penguatkuasaan sepanjang tahun ini bagi mencegah berlakunya amalan rasuah.
Iran antara lima negara utama sebagai kuasa besar teknologi masa depan
TEHRAN, 27 April: Iran adalah antara lima negara dalam perlumbaan untuk menjadi kuasa besar teknologi masa depan, menurut laporan terbaharu oleh Institut Dasar Strategik Australia, lapor IRNA.
“Perlumbaan untuk menjadi kuasa teknologi paling penting seterusnya adalah antara UK dan India, kedua-duanya mengisi tempat dalam lima negara teratas dalam 29 daripada 44 jenis teknologi,” menurut laporan ASPI.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap – AKPK
KUALA LUMPUR, 27 April: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata maklumat peribadi seperti nama serta nombor kad pengenalan MyKad kira-kira 20 pelanggannya telah didedahkan oleh penjenayah siber di laman web atau sesawang gelap.