Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 19 April: Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mendahului senarai pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dilantik sebagai CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 22 Mei depan.
Guna pelitup muka, payung dan topi elak kesan langsung jerebu

PUTRAJAYA, 19 April: Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pelitup muka, payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung terhadap cuaca panas dan jerebu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Polis kesan individu bakar mercun dari balkoni pangsapuri

IPOH, 19 April: Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di sini seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.
Aidilfitri: Bekalan bahan mentah di Limbang mencukupi – KPDN

LIMBANG,19 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bahagian Limbang memberi jaminan bahawa bekalan bahan mentah mencukupi menjelang Aidilfitri ini.
Bomba hadapi cabaran tanah gambut semasa operasi pemadaman di hutan belukar

BINTANGOR, 19 April: Kawasan tanah gambut dan keadaan bumi yang berbukit-bukau antara cabaran terbesar pasukan bomba dalam melakukan operasi pemadaman melibatkan hutan belukar khususnya di daerah Meradong.