Lebih 50,000 mohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua KWSP

PUTRAJAYA, 12 April: Seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Arwah tidak banyak bercakap tentang raya

KEPALA BATAS, 12 April: Penemuan mayat anggota tentera selepas lima hari hilang di Hutan Simpan Royal Belum, Gerik di Perak hari ini ketika Ramadan berbaki beberapa hari lagi memilukan anggota keluarga dan rakan – rakannya.

Proton lancar kempen servis Rahmah dengan pakej berharga RM150

PUTRAJAYA, 12 April: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Kempen Proton Rahmah 2023 untuk menggalakkan pemilik menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah bagi pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis berharga RM150.