Senarai 30 barangan kawalan sempena Aidilfitri diumum 13 April – Salahuddin
KUALA SELANGOR, 5 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengumumkan 30 barangan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena perayaan Aidilfitri pada 13 April ini.
Tiada keperluan untuk terus bergantung kepada dolar AS dalam pelaburan negara – PM
KUALA LUMPUR, 5 April: Tidak ada sebab bagi negara seperti Malaysia untuk terus bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada penyelesaian mudah untuk Laut China Selatan, tetapi bukanlah satu yang mustahil untuk diatasi – PM Anwar
KUALA LUMPUR, 5 April: Tiada penyelesaian mudah bagi tuntutan bertindih wilayah di Laut China Selatan tetapi masalah itu bukanlah satu yang tidak dapat diatasi selagi ada ruang dialog, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan China Daily, semasa lawatannya ke China minggu lalu.
Filem ‘Sumpahan Jerunei’ ditayangkan pada Julai 2023
KUCHING, 5 April: Filem seram, ‘Sumpahan Jerunei’ terbitan Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd bakal ditayangkan di pawagam pada Julai 2023 setelah dua tahun ditunda tayangannya akibat pandemik COVID-19.
Berkisah tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak, “Sumpahan Jerunai” akan menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose, Daiyan Trisha dan Ruminah Sidek.
Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn. Bhd, Dato’ Nancie Foo berkata, filem itu bermula dengan watak sekumpulan penyelidik diketuai Ketua Penyelidik, Professor Dr.Sani ke sebuah Kampung masyarakat Melanau, untuk membantu memindah Tiang Jerunai bagi pembangunan baharu tetapi berlakunya elemen-elemen mistik.
“Sebenarnya, watak Ketua Penyelidik kita seorang yang berniat baik, tetapi berlakunya banyak elemen-elemen mistik sewaktu pemindahan tiang itu, maka terbongkarlah kisah bersejarah di sebalik Tiang Jerunai yang ditegakkan selama enam abad,” katanya pada sidang media filem “Sumpahan Jerunei” bertempat di The Hive, Swinburne University of Technology Sarawak Kampus Kuching semalam.
Pada masa yang sama, Penerbit Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn. Bhd, Datin Dr.Wendy Wong berkongsi kepada media, penampilan tiang bersejarah kaum masyarakat Melanau sebagai tema filem itu kerana banyak dalam kalangan masyarakat tidak peka tentang sejarah “Tiang Jerunai.”
“Semasa pihak produksi membuat kajian, apabila disoal, kami mendapati bahawa ramai tidak tahu apa sebenarnya “Jerunai.”
“Perkara ini disebaliknya apabila ditanya tentang sejarah “headhunter”, masyarakat lebih kenal dengan budaya ini, dan menarik minat produksi untuk mengambil budaya unik ini sebagai idea asal sebuah filem,”ujarnya.
Wong juga berkata, mesej utama filem itu adalah untuk memberi pesanan kepada penonton supaya berhati-hati dalam penjagaan warisan budaya sesebuah masyarakat.
“Tagline yang kita beri, dalam filem ini “do not touch anything that does not belong to you,”jelasnya.
Sementara itu, Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn. Bhd juga telah menganjurkan sebuah pertandingan poster peringkat universiti yang akan terbahagi kepada dua wilayah, iaitu kategori Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Penyertaan akan dibuka pada 20 April 2023 sehingga 20 Mei 2023, di mana poster pemenang pertandingan ini akan ditampilkan di Festival Filem Antarabangsa, bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar di Malaysia. -TVS
Media bantu LHDN sebarkan maklumat
KUCHING, 5 April: Sokongan media kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam menyebarkan maklumat percukaian amat dihargai.