Presiden Jokowi: Pegawai kerajaan dilarang anjur majlis buka puasa
JAKARTA, 28 Mac: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan agar ketua dan pegawai jabatan Kerajaan atau Aparatur Sipil Negara (ASN) tidak mengadakan sebarang majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Dua bot nelayan dari Sumatera Utara ditahan ceroboh perairan negara
GEORGE TOWN, 28 Mac: Dua bot nelayan dari Indonesia dengan sembilan kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini selepas didapati menceroboh perairan negeri ini pada Isnin.
Kakitangan IPT rugi setengah juta diperdaya ‘love scam’
KUALA TERENGGANU, 28 Mac: Seorang kakitangan wanita sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini mendakwa kerugian RM500,000 akibat terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ atau penipuan cinta.
Kemalangan kendiri, pemandu lori kayu balak maut
TAWAU, 28 Mac: Seorang pemandu lori membawa muatan kayu balak maut selepas lori dipandunya hilang kawalan hingga masuk ke laluan bertentangan sebelum tergelincir ke bahu jalan dan terbabas sejauh 66 meter.
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan – PM Anwar
PHNOM PENH, 28 Mac: Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.