Nilai kesederhanaan, kemanusiaan dalam Ramadan perlu disebar luas

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama, kelompok dan golongan kurang berkemampuan perlu disebarkan secara meluas.
Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar tidak mensia-siakan pahala puasa di bulan Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan.
Speaker DUN Sarawak terima kunjungan hormat

KUCHING, 22 Mac: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menerima kunjungan hormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali dan Speaker Dewan Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub di bangunan DUN Sarawak hari ini.
Perpustakaan moden tarik orang ramai

MIRI, 22 Mac: Perkhidmatan perpustakaan perlu diubah dan dimodenkan bagi menarik orang ramai ke perpustakaan bukan sahaja untuk menggalakkan tabiat membaca, tetapi juga untuk mempromosikan perpustakaan sebagai tempat menimba ilmu.
Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi

LONDON, 22 Mac: Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.
Indonesia tetapkan umat Islam mula berpuasa esok

JAKARTA, 22 Mac: Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Agama menetapkan permulaan puasa di negara itu esok hari.
Pek Ramadan ringankan beban golongan kurang berkemampuan

KUCHING, 22 Mac: Sempena bulan Ramadan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO), Yayasan Ikram Malaysia dan Kedutaa China di Kuala Lumpur menganjurkan Program Pek Ramadan yang diagihkan kepada 100 buah keluarga daripada tiga buah kampung bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Kuasai Sains untuk ceburi bidang STEM – Premier Sarawak

KUCHING, 22 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi galakan kepada pelajar untuk menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Umat Islam Malaysia mula berpuasa esok

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
YKAB lancar Program Infak Baju Raya, bantu golongan memerlukan

KUCHING, 22 Mac: Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) melancarkan Program Infak Baju Raya untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan B40 untuk persiapan mereka menjelang Hari Raya Aidilftri sempena bulan Ramadan tahun ini.