Polis kesan suspek langgar lari gelandangan lelaki di Sibu

SIBU, 15 Mac: Polis sedang berusaha mengesan suspek kes langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang lelaki dipercayai gelandangan di Jalan Oya, Lorong 31 di sini pada Selasa.
Penerima STR diminta kemas kini data peribadi sebelum 31 Mac

KOTA BHARU, 15 Mac: Kementerian Kewangan meminta individu yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini data mereka, sebelum 31 Mac ini.
Empat jambatan konkrit baharu bakal dibina di utara Pulau Bruit

DARO, 15 Mac: Pembinaan empat buah jambatan konkrit baharu laluan dua hala yang menghubungkan jalan utama di utara Pulau Bruit yang menelan belanja RM 20 juta bakal dilaksanakan tahun ini.
Parlimen: Afrika dan Timur Tengah dikenal pasti pasaran baharu minyak sawit Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Kerajaan sedang mencari pasaran baharu bagi memasarkan minyak sawit negara berikutan kempen anti sawit yang berterusan di Eropah, Dewan Rakyat dimaklumkan.
Kecederaan paksa Mohd Azizulhasni lupakan aksi di Kaherah

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir bulan ini susulan kecederaan.
Sarawak bakal tubuh Pusat Perubahan Iklim

KUCHING, 15 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Pusat Perubahan Iklim Sarawak bakal ditubuh bagi menyelaras perubahan iklim serta inistiatif perdagangan karbon.
Kereta terbang berpemandu mulakan penerbangan di luar pertama di Jepun

OSAKA, 15 Mac: Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa.
Parlimen: Janji pembangunan untuk Sarawak perlu ditunaikan

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Sebarang janji melibatkan projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang mahu dilaksanakan di Sarawak harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
Parlimen: Sarawak amalkan perpaduan kaum dan agama yang utuh

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Pemilihan Sarawak sebagai lokasi pertama sambutan Minggu Perpaduan Negara dilihat bertepatan dengan semangat perpaduan yang wujud di wilayah berkenaan.
Parlimen: Pelbagai kriteria dinilai pertimbang rayuan pemohon STR yang gagal

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Kerajaan akan meneliti beberapa kriteria bagi menimbang rayuan pemohon yang tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.