TYT dan isteri raikan majlis resepsi perkahwinan Aziz Husain

SANTUBONG, 4 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib memeriahkan lagi majlis resepsi perkahwinan adik iparnya, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Husain dan Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz di Damai Lagoon Resort, semalam.
Wanita warga emas korban keempat banjir di Johor

SEGAMAT, 4 Mac: Seorang wanita warga emas menjadi mangsa korban keempat banjir di Johor selepas ditemukan meninggal dunia di tepi longkang di Batu Anam, di sini, petang semalam.