Silat Premier: Aksi tuan rumah memukau, pesilat negara ke separuh akhir

KUCHING, 3 Mac: Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 (SPISC) yang memasuki hari ketiga pada Khamis menyaksikan kem silat tuan rumah menyerlahkan kehebatan selepas tiga atlet Sarawak berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir.
