TVS

Day: February 19, 2023

Anggota polis maut dengan kesan tiga tembakan

Seorang anggota polis ditemukan maut dengan kesan tembakan pada badan di belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini. Foto: TVS

GEORGE TOWN, 19 Feb: Seorang anggota polis ditemukan maut dengan tiga kesan tembakan pada beberapa bahagian badan di belakang Balai Polis Bayan Lepas, di sini hari ini.

PM ucap Selamat Maju Jaya kepada calon SPM 2022

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.

Abdul Karim harap lawatan Presiden Jerman ubah persepsi negatif terhadap negara

KUCHING, 19 Feb: Lawatan kali pertama Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmer ke Malaysia dan Sarawak diharap dapat mengubah persepsi negatif negara itu terhadap sektor peladangan sawit di Malaysia, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beberapa individu dari dua agensi pekerjaan dalangi sindiket penipuan kerja ditahan

SEPANG, 19 Feb: Beberapa individu dari dua agensi pekerjaan dalam negara yang dipercayai terbabit merekrut rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara ditahan kerana penglibatan dalam kes penipuan kerja.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran di Sarawak

PUTRAJAYA, 19 Feb: Empat pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai bersubahat dengan sindiket penyeludupan migran ditahan dalam operasi khas iaitu Op Kenyalang di Serian dan Bintulu, Sarawak Jumaat lepas.

Pameran ReQaSeni, platform pelajar UiTM Sarawak dedah karya seni

Sebahagian Pelajar Tahun Akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif UITM Sarawak yang terlibat untuk Pameran ReQaSeni-ENIGMA yang diadakan di sini hari ini. Foto: TVS.

KUCHING, 19 Feb: Pameran ReQaSeni ke-17 yang bertemakan ENIGMA merupakan platform yang menguji pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) kerana karya seni dihasilkan mereka dipamerkan secara terus kepada orang ramai.

Shaiful Wazizi bersedia jadi benteng akhir Kuching City

Shaiful Wazizi (kiri) dan Mohamad Alif Hassan (kanan) bersedia menghadapi perlawanan sulung Liga Super 2023 menentang Kelantan FC di tempat lawan pada 25 Februari depan. Foto Fahmi Joyo (TVS)

KUCHING, 19 Feb: Penjaga gol Kuching City FC, Shaiful Wazizi Mohamad bersedia untuk menjadi benteng terakhir pasukannya pada saingan Liga Super 2023.

Dr. Annuar sertai solat hajat bersama 400 calon SPM

Datuk Dr Annuar Rapaee bersama sebahagian calon SPM Bintulu pada majlis solat hajat yang berlangsung semalam. Foto Facebook Dr. Annuar Rapaee.

BINTULU, 19 Feb: Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee tampil memberi sokongan moral apabila menghadiri majlis solat hajat yang diadakan semalam.

Tokan dadah ditahan bersama dadah lebih RM2 juta

Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan bersama dadah bernilai lebih RM2 juta di sebuah rumah sewa di Kluang, Rabu lepas. Foto: Polis Johor

JOHOR BAHRU, 19 Feb: Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan bersama dadah bernilai lebih RM2 juta di sebuah rumah sewa di Kluang, Rabu lepas.

35 penduduk daerah Gedong terima sijil CDERT

Abdul Wahab Rahim (tengah) bergambar bersama Datuk Seri Azman Samaon (kiri) dan 35 peserta kursus CDERT, pegawai dan anggota APM pelbagai pangkat. Foto: TVS

GEDONG, 19 Feb: Seramai 35 penduduk dari daerah Gedong menawarkan diri sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan menyertai Kursus Asas Civil Defense Emergency Respone Team (CDERT) yang diadakan bermula Jumaat dan berakhir hari ini.

Next →
Elevate your media experience and immerse yourself in the latest news, captivating dramas and diverse programmes preferred by Sarawak audience.
Facebook-f Instagram X-twitter Tiktok Youtube Telegram Threads Whatsapp

Follow TVS News

Facebook-f Instagram Tiktok Youtube Threads Whatsapp

Follow TVS Entertainment

About Us

Pitch-It
Faces of TVS
TVS Prihatin
Casting call
Sarawak Media Group
Contact Us
Career
Advertise With Us
Vendor Registration
SMG Whistleblowing Channel

Support

FAQ
Terms & Conditions
Privacy Policy

Copyright © 2025 Sarawak Media Group Sdn Bhd 201801013814 (1275830-A)