UMNO ulangi komitmen sokong Anwar sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal
BANGI, 13 Feb: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO kekal komited dalam menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal demi kestabilan politik negara.
Kekalkan lesen kenderaan digital sebagai pilihan – Dennis Ngau
KUCHING, 13 Feb: Rakyat di kawasan pedalaman perlu diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan lesen digital yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) baru – baru ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau.
SPRM tahan pegawai universiti kemuka tuntutan palsu RM300,000
SHAH ALAM, 13 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai di sebuah universiti tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000 antara 2018 dan tahun lepas.
Kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun kepada 72
KUCHING, 13 Feb: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun pada Minggu Epidemiologi keenam iaitu 72 kes berbanding 108 pada minggu sebelumnya.
Komuniti masjid di Petra Jaya bakal jadi pembekal sayuran kepada hotel, restoran
KUCHING, 13 Feb: Komuniti masjid dan surau di sekitar Petra Jaya dijangka akan menjadi pembekal sayur – sayuran kepada hotel dan restoran melalui pertanian bandar pintar yang diusahakan.