Johor berpotensi terima pelaburan RM15 bilion dari syarikat antarabangsa di Singapura

SINGAPURA, 12 Feb: Johor berpotensi menerima pelaburan bernilai di antara RM10 bilion hingga RM15 bilion daripada beberapa syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Singapura, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Kayu api antara barangan diperlukan mangsa gempa di Turkiye – MAPIM

KAHRAMANMARAS, 12 Feb: Ketua Misi Kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Dr Sani Araby Al-Kahery menegaskan bantuan yang disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye adalah berdasarkan keperluan mereka dan bukannya atas keinginan aktivis.
Bukit Tinggi, Janda Baik dilanda fenomena kepala air

KUANTAN, 12 Feb: Hujan lebat menyebabkan 15 premis perniagaan dan lima rumah di Bukit Tinggi serta Janda Baik di Bentong dekat sini dilanda fenomena kepala air petang tadi.
Pasukan skuasy wanita Malaysia pertahankan gelaran juara remaja Asia

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Skuad skuasy wanita negara muncul juara Kejohanan Berpasukan Remaja Asia selepas buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final di Chennai, India, hari ini.
Gagal padamkan kebakaran, wanita warga emas cedera terjun dari tingkat satu

MIRI, 12 Feb: Tindakan nekad seorang wanita warga emas yang cuba memadam kebakaran di rumah sewanya berakhir apabila dia mengalami kecederaan dalam kejadian di Jalan Simpang 2, Taman Lai Pau, dekat sini, pagi tadi.
Siklon Gabrielle landa New Zealand, 15 ribu pengguna terputusan bekalan elektrik

MOSCOW, 12 Feb: Kira-kira 15,000 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik di Auckland, utara New Zealand akibat siklon Gabrielle melanda negara itu , menurut syarikat tenaga tempatan Vector pada Ahad.
Kerajaan Sarawak akan laksanakan projek perumahan mesra rakyat di Satok

KUCHING, 12 Feb: Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti tapak untuk membangunkan perumahan baharu di Satok yang melibatkan kawasan di antara Sungai Maong dan Segedup.
Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan terdampar di tepi laut

TAWAU, 12 Feb: Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan terdampar di kawasan pantai berlumpur di Jalan Pesisiran Tawau, di sini hari ini.
LADA sasar kemasukan pelaburan RM1 bilion tahun ini

ALOR SETAR, 12 Feb: Langkawi disasar menerima pelaburan bernilai RM1 bilion dalam pelbagai jenis merangkumi pembinaan hotel bertaraf empat dan lima bintang, produk eko pelancongan dan pusat beli-belah tahun ini.
Nurul Izzah bukan lagi penasihat PM

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.