34 projek rakyat tertangguh kritikal, amaran serius Premier Sarawak kepada kontraktor

KUCHING, 8 Feb: Projek pembinaan Jambatan Marudi yang merentasi Batang Baram di Bahagian Miri antara 34 daripada 212 projek rakyat tertangguh berstatus kritikal, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kuil 200 tahun, tarikan baharu di Bau

BAU, 8 Feb: Kuil Golden Hill Tasik Biru yang wujud sekitar 200 tahun dahulu kini diberi nafas baharu tampil sebagai produk pelancongan Bau.
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Thailand esok

PUTRAJAYA, 8 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Thailand selama dua hari bermula Khamis untuk bertemu rakan sejawatannya Prayuth Chan o-cha bagi membincangkan hala tuju dalam mengukuhkan kerjasama pelbagai hala antara Malaysia dan Thailand.
Tujuh inisiatif baharu perkasa industri pembinaan Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 8 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan tujuh inisiatif baharu untuk membantu industri pembinaan tempatan di negeri ini.
SMA komited selesai masalah akses internet dua sekolah di Samarahan

KUCHING. 8 Feb: Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan memastikan dua sekolah di bawah Majlis Islam Sarawak di Bahagian Samarahan dapat mengakses internet.
Belanjawan 2023 ambil kira cabaran ekonomi semasa — PM Anwar

PUTRAJAYA, 8 Feb: Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa tetapi boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta memberi rahmah kepada rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Jeti baharu Bukit Kinyau dijangka siap Mac depan

TANJONG MANIS, 8 Feb: Pembinaan jeti simen baharu berjumlah RM700,000 untuk kemudahan penduduk Kampung Kinyau, Tanjong Manis dijangka siap Mac depan.
Sesi soal jawab PM dilaksana mulai sidang Parlimen ke-15 – Johari

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat akan dilaksanakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 13 Feb.
Malaysia-Brunei perkukuhkan komitmen kerjasama pertahanan – MINDEF

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenaan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammad Hasan, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan sempena lawatan rasminya ke negara itu, semalam.
Malaysia perlu benarkan visa ketibaan kepada semua negara untuk kekal kompetitif – Tiong

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara bagi membolehkan ia kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.