Gempa bumi kuat: Lebih 2,300 terbunuh di Turkiye, 1,300 di Syria, Ankara umum berkabung tujuh hari

DIYARBAKIR (Turkiye): Sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah Türkiye berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian selatan negara itu pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Naib Presiden Fuat Oktay.
Indonesia zahirkan ucapan takziah, simpati kepada Turkiye

JAKARTA, 7 Feb: Indonesia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.
Festival Makanan Kamek Miak Sarawak terima sambutan menggalakkan

KUCHING, 7 Feb: Festival Makanan Kamek Miak Sarawak (KMS) di Pine Square, Batu Kawah menarik 30,000 pengunjung setakat Isnin sejak ia dibuka pada 4 Februari.
Projek Pan Borneo Seksyen Bukit Begunan tembu penuh November 2023

BUKIT BEGUNAN, 7 Feb: Kereja Kunteriktor enggau Ngemanah Jalai Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1 Simpang Pantu Ke Batang Skrang Ke Mungkur Seksyen Bukit Begunan deka tembu bulan november tu ila.
Kedutaan Turkiye hargai bantuan pantas kerajaan Malaysia dalam SAR gempa bumi

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Kedutaan Turkiye di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda Turkiye pada Isnin.
Doktor Malaysia di Gaziantep, Turkiye kongsi pengalaman hadapi gempa bumi

KUALA LUMPUR, 7 Feb: “Ramai mangsa yang datang ke hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan bangunan dalam keadaan patah kaki, ada yang mengalami pendarahan otak dan ada juga yang sampai dalam keadaan tidak bernyawa.”
Abang Johari kongsi tentang bandar pintar pada Asean Education Cities Conference minggu depan

KUCHING, 7 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah dijemput untuk berbicara mengenai bandar pintar pada Asean Education Cities Conference (AECC) 2023 di Kuala Lumpur, 11 Februari ini.