KPDN akan bertemu syarikat telekomunikasi bincang kualiti perkhidmatan

KLUANG, 30 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat telekomunikasi negara, minggu depan bagi membincangkan mengenai kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan mereka ketika ini.