Kerajaan suntik pinjaman RM152.6 juta untuk siapkan OPV 1

PUTRAJAYA, 4 Jan: Kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) disiapkan tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BNM ada hak, kuasa tentukan OPR tanpa campur tangan kerajaan

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa perlu membabitkan campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.
COVID-19: Malaysia tidak diskriminasi pelancong asing, utamakan kesihatan rakyat

PUTRAJAYA, 4 Jan: Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan COVID-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih 2,000 pekerja bank di Sarawak dapat manfaat hasil perjanjian kolektif SCBA, SBEU

KUCHING, 4 Jan: Lebih 2,000 pekerja sektor perbankan di Sarawak akan mendapat manfaat hasil daripada Perjanjian Kolektif Ke-16 yang ditandatangani di antara Persatuan Bank-Bank Komersial Sarawak (SCBA) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Sarawak (SBEU) hari ini.
Peruntukan geran khas kepada Sabah dan Sarawak harus dikaji, pastikan kenaikan munasabah

PUTRAJAYA, 4 Jan: Jumlah peruntukan bagi geran khas kepada Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan harus dikaji setiap lima tahun agar jumlahnya lebih munasabah.
Fahmi mahu DNB jelaskan mengenai capaian liputan 5G

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini meminta Digital Nasional Berhad (DNB) menjelaskan bagaimana syarikat itu membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan liputan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai hampir 50 peratus.
Wujudkan Taska di tempat kerja, elak pekerja terpaksa berhenti

KOTA SAMARAHAN, 4 Jan: Sektor swasta dan awam di Sarawak disaran mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja bagi mengelak pekerja yang berkualiti daripada terpaksa berhenti kerja berikutan kekangan masa serta masalah berkaitan penjagaan anak mereka.
Anwar terima panggilan daripada PM Pakistan

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Rabu.
Jasad legenda bola sepak Brazil Pele selamat disemadikan

SANTOS (Brazil), 4 Jan: Jasad legenda bola sepak Brazil Pele selamat disemadikan di Memorial Necropole Ecumenical, Santos pada Selasa.
Huang Tiong Sii santuni peniaga dan pengunjung Pasar Tamu Bintangor

BINTANGOR, 4 Jan: Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii menyantuni pengunjung dan peniaga pasar tamu Bintangor, semalam, bagi menghargai sokongan mereka ke atas Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) lalu.