Gurauan pekerja kilang bawa bom di lapangan terbang terima padah

GEORGE TOWN, 31 Dis: Tindakan seorang pekerja kilang warga asing bergurau dengan memberitahu membawa bom ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini mengundang padah apabila ditahan Polis pada Khamis, 29 Disember.
DUBS diminta tingkat fasiliti logistik Uptown Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 31 Dis: Program Ambang 2023 di Uptown Kota Samarahan yang meriah namun acara anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) itu disarankan untuk meningkatkan fasaliti sedia ada.
Kebocoran data: KKD dapatkan maklum balas Maybank, Astro – Fahmi

PUTRAJAYA, 31 Dis: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memandang serius dakwaan kebocoran data maklumat melibatkan 13 juta rakyat Malaysia melalui sebuah laman sesawang dan telah mengarahkan supaya akses kepada laman web berkenaan disekat.
Kilat Boy mara ke gelanggang akhir Kejohanan Tinju Antarabangsa Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 31 Dis: Peninju baharu kebangsaan yang mewakili Majlis Sukan Negara (MSN), Daeloniel McDelon Bong dalam kategori 57 kilogram (kg) pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Pulau Pinang berjaya mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung malam ini.
Sabah wajibkan ujian COVID-19 untuk pengembara dari China, mulai Ahad ini

KOTA KINABALU, 31 Dis: Semua pengembara dari China yang ingin masuk ke Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif COVID-19, berkuat kuasa, Ahad in (1 Jan), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.