Peluncur udara maut terhempas pada cerun konkrit

KOTA KINABALU, 31 Dis: Seorang peluncur udara maut setelah terhempas ke cerun konkrit di dalam kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Manggatal di sini kira-kira pukul 2 petang pada Jumaat.
Situasi global COVID-19: Singapura sedia tingkat langkah kesihatan di sempadan jika perlu

SINGAPURA, 31 Dis: Singapura memantau dengan teliti situasi COVID-19 global dan bersedia untuk melaksanakan semula langkah-langkah kesihatan sempadan untuk negara tertentu bergantung kepada situasi semasa, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu pada Jumaat.
Kementerian Luar bawa pulang jenazah rakyat Malaysia lemas di Bali

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Kementerian Luar membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat lemas di Pulau Nusa Penida Diamond Beach, Bali pada Selasa lepas.
Beri ruang pelaksanaan PBS sebelum teliti kembalikan UPSR, PT3

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Ibu bapa diminta memberi ruang dan kepercayaan kepada pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu penilaian bersifat holistik untuk mengetengahkan potensi diri murid yang tidak hanya berpandukan pencapaian peperiksaan akademik semata-mata.