Pastikan ada ahli keluarga mahir CPR, mampu selamat mangsa lemas

KUALA NERUS, 25 Dis: Setiap ketua isi rumah terutama penduduk di kawasan sering dilanda bencana banjir, perlu memastikan seorang daripada ahli keluarga mereka mahir melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebagai langkah awal untuk menyelamatkan nyawa.