Banjir: Irfan Haikal jalani pantang di PPS selepas sehari berkhatan

TANAH MERAH, 18 Dis: Seorang murid Tahun Lima, Irfan Haikal Khairul yang baharu sahaja selesai berkhatan semalam, terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek di sini, selepas rumahnya dinaiki air.
Identiti 15 lagi mayat insiden tanah runtuh Batang Kali dikenal pasti

Jumlah itu menjadikan 21 daripada 24 mangsa yang ditemukan meninggal dunia, sudah dikenal pasti.
Tanah runtuh: Raja Permaisuri Agong harap semua pihak bersabar

BATANG KALI, 18 Dis: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini.
Temukan mayat ibu dan anak berpelukan, pengalaman sukar dilupakan anggota Bomba

Shahari, 47, yang merupakan antara anggota penyelamat terawal menjumpai mayat kedua beranak itu, berkata, ia menjadi antara pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang 23 tahun berkhidmat dalam pasukan Bomba dan turut mengusik hatinya sebagai seorang bapa.
APMM Pulau Pinang tahan dua bot bersama 11 nelayan asing

GEORGE TOWN, 18 Dis: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua bot bersama 11 nelayan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri dalam dua pemeriksaan di Pulau Kendi dekat sini Jumaat lepas.
Johor teliti semula SOP keselamatan tapak perkhemahan

KOTA TINGGI, 18 Dis: Kerajaan Johor akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan di tapak perkhemahan, bagi mengelak daripada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Dua Ahli Majlis Tertinggi PBM dikembalikan jawatan mereka dalam parti

SIBU, 18 Dis: Dua daripada 13 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang digantung keahlian sebelum ini kini telah dikembalikan status mereka dalam parti itu.
Perjanjian Persefahaman tidak autokratik, fokus pembangunan, selesai masalah rakyat – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perjanjian itu yang mengambil pengajaran daripada ketidakstabilan pentadbiran akibat pertelagahan antara parti-parti politik yang membentuk kerajaan sebelum ini, dilakukan tanpa ada sebarang agenda tersembunyi atau perjanjian rahsia.
Tanah runtuh: Kerja lebih masa dalam operasi SAR, ‘Blake’ K9 direhatkan

Pendamping pasukan SAR iaitu anjing unit pengesan (K9) turut bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh sejak Jumaat lepas.
Tragedi Batang Kali: Ibu hampir rebah, hilang empat ahli keluarga

SUNGAI BULOH, 18 Dis: Seorang ibu yang kehilangan empat ahli keluarganya dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali kelihatan terlalu sedih dan lemah untuk berjalan, malah hampir rebah, selepas proses menuntut mayat mereka di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini.