Banjir: Petugas JKM digerakkan di enam negeri, 86 PPS dibuka seluruh negara

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan memaklumkan seramai 6,307 mangsa daripada 1,833 keluarga terjejas akibat banjir dan semua keperluan makan, minum serta barangan asas telah dibekalkan kepada mereka.
Tragedi tanah runtuh: Mangsa berdoa dapat disatukan dengan anjing kesayangan

BATANG KALI, 18 Dis: “Saya faham dalam keadaan genting ini, apabila semua orang hanya memikirkan bahawa menyelamatkan nyawa dan menemukan mangsa sama ada hidup atau terkorban, adalah lebih penting, namun anjing peliharaan juga adalah ahli keluarga saya,” demikian luahan Toni Wong.
Operasi SAR tanah runtuh Batang Kali ditangguh, bersambung esok

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi SAR akan disambung semula pada jam 8 pagi esok, bergantung kepada keadaan cuaca.
Mayat tanpa identiti ditemukan mereput dalam keadaan tergantung

BATU NIAH, 18 Dis: Mayat seorang lelaki tanpa identiti yang berada dalam keadaan mereput ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Balem di Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu di sini, tengah hari tadi.
Anyi Jana diraikan selepas genap setahun sebagai ADUN Ngemah

KANOWIT, 18 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana diraikan rakyat di kawasan itu sempena genap setahun beliau menjadi wakil rakyat.
Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun korban pertama banjir Terengganu

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan ditemukan terapung dalam parit kira-kira 20 meter dari rumah tempat mangsa dikatakan terjatuh pada kira-kira jam 3.40 petang tadi.
Tanah runtuh Batang Kali: Bomba temukan empat petunjuk baharu

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, penggunaan radar penembusan tanah (GPR) itu, sangat membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam mengecilkan skop lokasi pencarian di semua sektor.
Bandar Pendidikan Malaysia D8 bernilai lebih RM2 bilion dibangunkan di Melaka

ALOR GAJAH, 18 Dis: Bandar Pendidikan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) melibatkan nilai pelaburan lebih RM2 bilion akan dibangunkan di Taboh Naning di sini, dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Kawasan tanah runtuh di Jalan Felda Kepis sepanjang 30m – Nanta

SEREMBAN, 18 Dis: Hasil tinjauan dan pemeriksaan visual dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan runtuhan di Kuala Pilah melibatkan laluan FT 1275 Seksyen 2.7 Jalan Felda Kepis, sepanjang 30 meter (m) dengan kedalaman runtuhan dianggarkan 10m.
Banjir bertambah buruk, mangsa di tiga negeri meningkat
