Lebih 10 kali mengundi, Rahmah teruja keluar awal

KULIM, 7 Dis: Seorang warga emas tidak pernah bosan bagi menunaikan tanggungjawab mengundi biarpun lebih sepuluh kali telah melaksanakannya.
Lampu isyarat pintar lancarkan aliran trafik di Bintangor

BINTANGOR, 7 Dis: Aliran trafik simpang empat di laluan utama di Bintangor kini lancar sejak lampu isyarat pintar baharu beroperasi di kawasan berkenaan.
Karnival Geng Masjid di Miri pada 17 dan 18 Disember ini

MIRI, 7 Dis: Karnival Geng Masjid bakal menemui warga Miri buat kali pertama pada 17 dan 18 Disember ini di Masjid At-Taqwa Miri.
‘Spiderman Bomba’ tarik perhatian di Lawas

LAWAS, 7 Dis: Kehadiran kira-kira 30 orang ‘Spiderman Bomba’ dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas yang lengkap dengan peralatan khas menuruni kawasan Masjid Besar Lawas dengan ketinggian 47 meter menarik perhatian penduduk di daerah Lawas semalam.
KJM platform terbaik wujudkan persekitaran bersih, indah dan kondusif

KUCHING, 7 Dis: Penubuhan Kejiranan Mesra (KJM) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjadi platform terbaik mengajak komuniti bergerak bersama dan berganding bahu dalam melaksanakan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, indah dan kondusif.
Samun kedai emas guna pistol mainan

IPOH, 7 Dis: Polis berjaya memberkas seorang lelaki kira-kira 30 minit selepas disyaki menyamun sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini, semalam.
Kesepakatan pengukur Kabinet Kerajaan Perpaduan – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Pengukur kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan adalah aspek kesepakatan dan kerjasama sebagai satu kumpulan meskipun jemaah menteri dari parti politik yang berbeza.
PRU-15: Lebih 160,000 pemilih di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman mengundi hari ini

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Lebih 160,000 pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk memilih wakil rakyat bagi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini.
Peruntukan tambahan RM500,000 untuk laksana program KJM pada 2023

KUCHING, 07 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 untuk pelaksanaan 363 program Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara pada tahun 2023.