Kes baharu mingguan COVID-19 turun

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Kes baharu COVID-19 di negara ini menurun 2.5 peratus kepada 18,606 kes pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2022) iaitu dari 20 hingga 26 Nov, berbanding 19,083 kes pada ME sebelumnya.
Dron bantu banteras pembalakan haram di Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 28 Nov: Penggunaan dron sebagai aset peninjau telah membantu membanteras aktiviti pembalakan haram di Sarawak, kata Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil Hamali.
Jumlah kanak-kanak di Malaysia 9.19 juta pada 2022

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan 9.19 juta tahun ini terdiri daripada 4.75 juta lelaki dan 4.44 juta perempuan, menurut laporan Statistik Kanak-Kanak Malaysia 2022 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
STB perkukuh promosi produk pelancongan di Pontianak

KUCHING, 28 Nov: Karnival Pelancongan Sarawak yang diadakan di Ayani Megamall, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia baru-baru ini bertujuan memperkukuhkan lagi promosi produk-produk pelancongan Sarawak dalam kalangan warga negara jiran itu.
Piala Dunia: Kekacauan meletus di Belgium, Belanda susulan kemenangan Maghribi

BRUSSELS/AMSTERDAM, 28 Nov: Rusuhan meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia, lapor Agensi Anadolu.
Badminton: Indra, Zii Jia berpisah

Indra, 48, berkata, keputusan tersebut dicapai ketika perbincangan antara beliau bersama jaguh perseorangan lelaki negara pada Jumaat lepas.
Pusat Beli-Belah La Promenade sarat dengan pelbagai aktiviti sempena Krismas

KUCHING, 28 Nov: Pusat Beli-Belah La Promenade yang terletak di Kota Samarahan menyambut bulan Krismas yang padat dengan aktiviti komuniti melalui ‘Sunset Buffet’ di Terrace Bar, larian malam cuti sekolah dan peraduan foto ‘Christmas Street’.
Remaja lelaki maut dilanggar motosikal dari belakang

MIRI, 28 Nov: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal lain dari arah belakang, di sini pagi semalam.
Bomba Limbang siap-sedia hadapi bencana demi keselamatan masyarakat

LIMBANG, 28 Nov: Bomba Zon Tujuh Limbang sentiasa dalam keadaan siap-sedia menghadapi sebarang bencana melalui operasi menyelamat demi keselamatan masyarakat di daerah Limbang dan Lawas.
Sultan Brunei pandu sendiri kereta bawa Anwar ke Seri Perdana

SUBANG, 28 Nov: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Seri Perdana, Putrajaya sempena lawatan khas baginda ke Malaysia, hari ini.