BIMP-EAGA sepakat atur semula sektor pelancongan pascapandemik

JAKARTA, 27 Nov: Negara-negara di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) sepakat mengatur semula sektor pelancongan ke arah memperkasa kemampanan, keterangkuman, daya tahan dan inovasi untuk manfaat masyarakat tempatan.

Pusat Falak di Bintulu beroperasi tahun hadapan

MIRI, 27 Nov: Pembinaan Pusat Falak di Bahagian Bintulu kini siap sepenuhnya serta akan mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Amalan pertanian moden di Taman Agro Sarikei

SARIKEI, 27 Nov: Dua Taman Agro, Sungai Baji dan Parit Bugis yang sedang dalam pembinaan di Sarikei akan mempraktikkan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di kawasan itu.

Subsidi bersasar: Anwar beri jaminan kepentingan pihak industri turut diberi perhatian

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kepentingan pihak industri akan tetap diberi perhatian walaupun kerajaan akan mencerakin dan menelusuri semula kaedah pengagihan subsidi kepada subsidi bersasar.

Anwar hasrat henti amalan lantikan ke Kabinet sebagai satu bentuk ganjaran

PUTRAJAYA, 27 Nov: Di samping mengecilkan saiz Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga akan menghentikan amalan melampau yang menjadikan pelantikan ke jawatan menteri sebagai satu bentuk ganjaran.

Usaha sama DOM-EEB peroleh kontrak bernilai RM448 juta daripada Sarawak Metro

KUCHING, 27 Nov: Usaha sama DOM-EEB (DOM-EEB JV) – kolaborasi antara DOM Industries (M) Sdn Bhd dan China Railway Electric Engineering Group Malaysia Sdn Bhd – telah memenangi tender bagi kontrak Pakej Sistem Dua untuk Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) – Fasa Satu.