TERKINI: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, jelas Istana Negara.
Sorakan bergema di pejabat Anwar

PETALING JAYA, 24 Nov: Sorakan kuat yang kedengaran dari dalam pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing di sini menarik perhatian pengamal media yang bertugas di luar.
Perbincangan Khas Agong dengan Raja – raja Melayu tamat

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perbincangan Khas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang bermula pagi tadi berakhir sebentar tadi.
Raja-Raja Melayu berangkat untuk perbincangan khas di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara hari ini bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.
DUN Sarawak: Tiada rancangan untuk membina Mahkamah Bumiputera di Mukah

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk membina Mahkamah Bumiputera baharu di Daerah Mukah.
DUN Sarawak: Seratus peratus autonomi Sarawak ke atas pihak berkuasa pelabuhan

KUCHING: Kerajaan Sarawak memegang seratus peratus autonomi ke atas pihak berkuasa pelabuhan di seluruh negeri ini termasuk di Samalaju, kata Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Majang Renggi.
DUN Sarawak: Cadangan projek jejambat di hadapan Kem Penrissen diserahkan kepada JKR

KUCHING, 24 Nov: Cadangan untuk membina jejambat di persimpangan lampu isyarat di hadapan Kem Penrissen di sini telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya (JKR), kata Ir Aidel Lariwoo.
Pokok Krismas gergasi di Plaza Merdeka

KUCHING, 24 Nov: Bandar raya Kuching kini dimeriahkan dengan pokok Krismas yang bergemerlapan lampu serta hiasan loceng menandakan perayaan itu bakal tiba tidak lama lagi.
Siapa PM diketahui hari ini?

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Kemelut pembentukan kerajaan serta pelantikan Perdana Menteri Ke-10 pasca Pilihan Raya Umum Ke-10 mungkin akan berakhir hari ini.
DUN Sarawak: Tiada perancangan bina hospital baharu di Mukah

KUCHING, 24 Nov: Tiada perancangan untuk membina hospital baharu di Mukah buat masa ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.