Akuan Berkanun dihantar ke Istana Negara cukup sokong Muhyiddin jadi PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Perikatan Nasional (PN) menjelaskan gabungan itu telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Agong nasihat rakyat bersabar, jaga kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat supaya kekal bertenang dan sabar untuk menantikan keputusan pembentukan kerajaan baharu.
Tempoh ketua politik kemuka calon Perdana Menteri dilanjutkan esok

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan proses ketua parti politik kemukan gabungan parti-parti politik dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan sehingga pukul 2 petang esok.
Mesyuarat BN dan PH cetus spekulasi kerjasama politik

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Mesyuarat khas membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di sebuah hotel di sini mencetuskan spekulasi mengenai kerjasama politik yang mungkin terbentuk membabitkan kedua-dua gabungan politik itu.
‘No Anwar, No DAP’ – Hishammuddin

KUCHING, 21 Nov: Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan bahawa beliau tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).