PRU-15: 12 pusat pengundian dibuka di Parlimen Baram hari ini – SPR

KUCHING, 21 Nov: Sejumlah 12 Pusat Mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.
Agong setuju nama chalun PM ke-10 dianjung lemai pagila

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setuju endur ketuai parti politik mantaika gempung parti-parti politik enggau nganjung nama chalun Menteri Besai ke-10 dilanjar nyentuk pukul 2 lemai pagila (Hari Dua).
Teka-teki pembentukan kerajaan baharu jadi tumpuan di media sosial

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Perkembangan politik negara ketika ini terus menjadi tumpuan warganet apabila rata-rata mereka turut sama berteka-teki mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu yang akan mentadbir negara.
Piala Dunia: Tuan rumah Qatar tewas di tangan Ecuador

AL KHOR (Qatar), 21 Nov: Qatar muncul negara tuan rumah Piala Dunia FIFA pertama yang kecundang dalam perlawanan pembukaan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Belanjawan 2023: Bekalan air dan elektrik di semua kawasan di Sarawak menjelang 2025

KUCHING, 21 Nov: Kerajaan Sarawak menyasarkan dapat menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025 dengan menambah baik perkhidmatan sedia ada termasuk meningkatkan liputan ke kawasan luar bandar.
Akuan Berkanun dihantar ke Istana Negara cukup sokong Muhyiddin jadi PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Perikatan Nasional (PN) menjelaskan gabungan itu telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Agong nasihat rakyat bersabar, jaga kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat supaya kekal bertenang dan sabar untuk menantikan keputusan pembentukan kerajaan baharu.
Tempoh ketua politik kemuka calon Perdana Menteri dilanjutkan esok

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan proses ketua parti politik kemukan gabungan parti-parti politik dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan sehingga pukul 2 petang esok.
Mesyuarat BN dan PH cetus spekulasi kerjasama politik

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Mesyuarat khas membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di sebuah hotel di sini mencetuskan spekulasi mengenai kerjasama politik yang mungkin terbentuk membabitkan kedua-dua gabungan politik itu.
‘No Anwar, No DAP’ – Hishammuddin

KUCHING, 21 Nov: Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan bahawa beliau tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).