PN mahu bekerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak bentuk kerajaan, tolak PH

SHAH ALAM, 20 Nov: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu bersedia untuk bekerjasama dengan parti – parti politik lain yang menerima prinsip mereka dan seterusnya menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan baharu yang lebih stabil.
Dr Mahathir kalah teruk, hilang deposit di Langkawi

PUTRAJAYA, 20 Nov: Gelombang luar biasa dicetuskan Perikatan Nasional (PN) di Pantai Timur dan utara turut melemaskan ahli politik paling berpengaruh di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRU-15: Sokongan golongan muda sumbang kemenangan besar GPS di Kota Samarahan

KUCHING, 20 Nov: Pemenang kerusi Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menyifatkan kemenangan besar yang diperolehnya di kawasan tersebut bersandarkan kepada sokongan pengundi muda yang dilihat memberi kepercayaan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
RASMI: PN menang 11 kerusi di Kedah, PH 1

PUTRAJAYA, 20 Nov: Perikatan Nasional (PN) meneruskan kemaraan di utara apabila turut menguasai Kedah.
PRU-15: Hasbi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Limbang

KUCHING, 20 Nov: Datuk Hasbi Habibollah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Limbang bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS).