Sembilan pelaut terselamat bot karam berhampiran Pulau Daat

LABUAN, 20 Okt : Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan sembilan kru selepas bot tunda yang dinaiki mereka karam di kedudukan lebih kurang 0.9 batu nautika barat laut Pulau Daat, awal pagi tadi.

CUEPACS sambut baik cadangan penubuhan Lembaga Air Sarawak

KUCHING, 20 Okt : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik perancangan Kerajaan Sarawak untuk menggabungkan empat pihak berkuasa bekalan air utama di negeri ini sebagai sebuah entiti yang akan dikenali sebagai Lembaga Air Sarawak.

Remaja lelaki maut tertusuk pisau dibaling kakaknya

JOHOR BAHRU, 20 Okt: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya akibat pergaduhan dalam insiden di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri petang semalam.

Kos PRU-15 dan PRK Bugaya dianggarkan RM1.01 bilion

PUTRAJAYA, 20 Okt : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan kos sebanyak RM1.01 bilion akan dibelanjakan bagi melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.