Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dijangka dibaca kali pertama hari ini
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, rang undang-undang itu akan dibentang oleh Menteri Kewangan dan bacaan kali kedua dijangka pada Jumaat ini.
Dunia perlukan dasar lebih saksama, bukan keuntungan segelintir pihak – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Sudah tiba masanya untuk mewujudkan satu penyelesaian terhadap kebergantungan ekonomi global ke atas dolar Amerika Syarikat (AS) selain dasar yang lebih saksama serta menguntungkan dunia berbanding segelintir pihak tertentu.