PVATM mohon tiga permintaan dimasukkan dalam Bajet 2023

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memohon agar isu elaun penerima Pingat Jasa Malaysia, kenaikan jumlah bantuan sara hidup kepada veteran ATM B40 dan pelarasan pencen dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt ini.
Presiden PVATM Datuk Sharuddin Omar berkata sememangnya pembentangan bajet 2023 amat dinanti-nantikan warga veteran di seluruh negara kerana tiga permintaan berkenaan melibatkan kebajikan anggota veteran.
JDT juara Liga Super kali kesembilan berturut-turut

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan selaku juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dengan berbaki empat perlawanan liga malam tadi, sekali gus mencipta sejarah terunggul dalam arena bola sepak negara yang sukar dicabar pasukan lain.