Raja Britain Raja Charles III sifatkan ‘tanggungjawab berat’ menerusi titah pertama di Parlimen

LONDON, 13 Sept: Raja Britain Raja Charles III menyuarakan rasa “tanggungjawab yang berat” perlu dipikul dan berikrar untuk mencontohi mendiang bondanya, Ratu Elizabeth II, dalam titah pertamanya di Dewan Westminster pada Isnin.
“Ketika beta berdiri di hadapan semua pada hari ini, beta rasai tanggungjawab menyelubungi, dan mengingatkan kita tentang tradisi penting yang perlu digalas di dewan yang mulia ini, serta ahli-ahli di kedua-dua dewan terus mengabdikan diri mengutamakan negara berbanding komitmen peribadi untuk kebaikan kita semua, ” katanya kepada dewan perwakilan House of Commons dan House of Lords di Dewan Westminster, lapor Xinhua.
SPRM tahan guru besar wanita kerana salah guna kedudukan

ALOR SETAR, 13 Sept: Seorang guru besar wanita di sebuah sekolah kebangsaan pendidikan khas ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan membeli barangan sekolah melalui dua syarikat milik anaknya pada 2019 hingga tahun lepas.