9 pelajar didakwa sebabkan kecederaan parah terhadap junior
TELUK INTAN, 5 Sept: Sembilan pelajar dari sebuah sekolah asrama yang ditahan berhubung kes buli, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pelajar junior pada Jun lepas.
Kepelbagaian budaya etnik Sabah dikenalpasti dan akan diketengahkan sebagai produk pelancongan
TAWAU, 5 September: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang dalam usaha mengenal pasti etnik yang pupus atau berupaya pupus namun kaya dengan budaya dan adat tradisi untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan berasaskan warisan.
Maritim Bintulu tahan bot tunda beroperasi secara haram
BINTULU, 5 Sept: Sebuah bot tunda dan tongkang yang bergerak pada jarak 1.6 batu nautika dari Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak telah ditahan oleh oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu pada pagi Ahad.
TERKINI : Abdul Azeez dibebaskan empat pertuduhan, sembilan kekal
PUTRAJAYA, 5 Sept : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan kesemua 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Kepada rakan dan musuh politik, saya sihat, kata Bung Mokhtar
KOTA KINABALU, 5 Sept : Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau sihat dan masih berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas.