Terbuka Jepun: Pearly Tan tarik diri akibat kecederaan lutut

KUALA LUMPUR, 2 Sept : Kecederaan lutut kiri yang dialami pemain beregu wanita negara, memaksa Pearly Tan mengakhiri perjuangannya bersama M Thinaah setakat pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 semalam.