Sambutan Ambang Merdeka di Putrajaya meriah

PUTRAJAYA, 31 Ogos : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Program Ambang Merdeka 2022 di Anjung Floria, Presint 4 di sini malam tadi yang turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 10,000 ahli Keluarga Malaysia yang membanjiri kawasan tapak berkenaan sejak 10 malam.
Ismail Sabri tiba di Anjung Floria itu pada kira-kira pukul 11.30 malam dengan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan timbalannya Datuk Seri Jalaluddin Alias. Beberapa menteri Kabinet juga turut hadir antaranya Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.