Rosmah fail permohonan saat akhir singkir hakim Mohamad Zaini

KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadual mengetahui keputusan kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion esok, memfailkan permohonan di saat akhir supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.