Pekan Sebuyau dikejutkan dengan kes kebakaran terbaharu pagi tadi

SEBUYAU, 31 Ogos : Lima buah gerai di pekan ini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 4.49 pagi tadi.
Gerakan #SayaDigital bantu tingkat kemahiran digital rakyat Malaysia

KUCHING, 31 Ogos : Pada tahun lepas, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan Gerakan #SayaDigital.
Sarawak kerjasama dengan Jepun dan Korea Selatan dalam sektor hidrogen – Abang Johari

BETONG, 31 Ogos : Kerajaan Sarawak terus mengorak langkah dengan menjalinkan kerjasama dengan pelabur dari Korea Selatan dan Jepun untuk membangunkan ekonomi hidrogen.
Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan

PUTRAJAYA, 31 Ogos : Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.
Juara remaja dunia mahu sumbang emas untuk Sarawak pada SUKMA

KUCHING, 31 Ogos : Atlet remaja Muay Thai Sarawak, Mohammad Johan Ghazali Zulfikar yang juga juara remaja dunia menyasarkan untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen Bumi Kenyalang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke – 20 di Kuala Lumpur, bulan depan.
Motosikal terbakar diseret pacuan empat roda di Miri, penunggang maut

MIRI, 31 Ogos : Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya diseret oleh sebuah kereta pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Batu 1, Kuala Baram dekat sini malam tadi.
Rosmah fail permohonan saat akhir singkir hakim Mohamad Zaini

KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadual mengetahui keputusan kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion esok, memfailkan permohonan di saat akhir supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu.
Zii Jia bergelut cari momentum, tersingkir awal saingan Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Hasrat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengubati kekecewaannya pada Kejohanan Badminton Dunia minggu lepas tidak kesampaian selepas tewas seawal pusingan pertama Terbuka Jepun, hari ini.
Sambutan Hari Kebangsaan 2022 meriah di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Kemeriahan dan kehangatan sambutan Hari Kebangsaan 2022 tidak hanya dapat dilihat dan dirasai pada acara perbarisan yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini malah di seluruh negara.
Sarawak bangga tubuhkan Malaysia namun hak kami perlu dihormati – Abang Johari

BETONG, 31 Ogos : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketegasan Sarawak menuntut supaya hak dan keistimewaannya dihormati oleh Kerajaan Persekutuan bukanlah bermaksud rakyat Sarawak tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.