Empat menteri kabinet wakili pelbagai kaum dalam bual bicara khas Rabu ini

KUALA LUMPUR, 22 Ogos : Empat menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum bakal membincangkan isu perpaduan dan patriotisme dalam satu rancangan bual bicara khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022.
Sekolah tertua di Malaysia main peranan didik pelajar kenali sejarah kemerdekaan

GEORGE TOWN, 22 Ogos : Sekolah tertua di Malaysia, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor memainkan peranan untuk mendidik generasi muda lebih mengenali sejarah kemerdekaan selain menanam semangat patriotisme dan cintakan negara serta mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
Tabung Haji diarah dapatkan maklumat kepulangan wanita berpakaian ihram

PUTRAJAYA, 22 Ogos : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Majlis serahan kunci rumah Darul Hana ditunda ke 27 Ogos

KUCHING, 22 Ogos : Majlis penyerahan kunci rumah serta bayaran pampasan perpindahan dan geran tanah kepada kumpulan pertama ketua isi rumah (KIR) ke Skim Penempatan Semula Darul Hana dijadual semula pada 27 Ogos ini.