TERKINI : Pemimpin utama UMNO tiba di Menara Dato’ Onn hadiri mesyuarat tergempar

KUCHING, 22 Ogos : Beberapa pemimpin utama UMNO tiba di Ibu Pejabat UMNO, di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu bersama Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tze Yong kejutkan juara Masters Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Ogos : Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong melakar kejutan apabila menewaskan juara Masters Malaysia 2022 Chico Aura Dwi Wardoyo pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.
Portugal negara terpantas menua di EU: Kajian

LISBON, 22 Ogos : Portugal kini merekodkan 182 warga emas (berumur 65 tahun ke atas) bagi setiap 100 orang muda (berumur sehingga 14 tahun), sekali gus menjadi negara paling cepat menua dalam kalangan anggota Kesatuan Eropah (EU), menurut kajian yang diterbitkan Pangkalan Data Portugal Kontemporari Portdata pada Ahad.
Terlanggar bahu ketika ke tandas jadi punca pergaduhan

SIBU, 22 Ogos : Polis menahan lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah bistro di Jalan Pahlawan di sini semalam.
Sarikei di landasan tepat sebagai pengeluar makanan Sarawak

SARIKEI, 22 Ogos: Aspek pendidikan menjadi antara fokus utama program pembangunan di Sarikei selari perancangan projek berimpak tinggi yang telah diluluskan Kerajaan Sarawak.
Empat menteri kabinet wakili pelbagai kaum dalam bual bicara khas Rabu ini

KUALA LUMPUR, 22 Ogos : Empat menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum bakal membincangkan isu perpaduan dan patriotisme dalam satu rancangan bual bicara khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022.
Sekolah tertua di Malaysia main peranan didik pelajar kenali sejarah kemerdekaan

GEORGE TOWN, 22 Ogos : Sekolah tertua di Malaysia, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor memainkan peranan untuk mendidik generasi muda lebih mengenali sejarah kemerdekaan selain menanam semangat patriotisme dan cintakan negara serta mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
Tabung Haji diarah dapatkan maklumat kepulangan wanita berpakaian ihram

PUTRAJAYA, 22 Ogos : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Majlis serahan kunci rumah Darul Hana ditunda ke 27 Ogos

KUCHING, 22 Ogos : Majlis penyerahan kunci rumah serta bayaran pampasan perpindahan dan geran tanah kepada kumpulan pertama ketua isi rumah (KIR) ke Skim Penempatan Semula Darul Hana dijadual semula pada 27 Ogos ini.