Suami isteri didakwa subahat, salah guna kedudukan

SHAH ALAM, 17 Ogos : Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan bersubahat dan menyalahguna kedudukan untuk kerja-kerja berkaitan penilaian berjumlah lebih RM570,000 bagi Majlis Perbandaran Klang (MPK) antara 2019 dan 2020.
Prospek pembinaan di Sarawak kekal cerah – MIDF Research

KUCHING, 17 Ogos : Prospek pembinaan di Sarawak kekal cerah berikutan dasar kerajaan negeri yang komited untuk menggerakkan semula projek yang ditangguhkan pada 2018 berikutan perubahan Kerajaan Persekutuan, demikian menurut MIDF Research.
Sarawak akan bina dua lagi pusat konvensyen mega mirip BCCK

KUCHING, 17 Ogos : Kerajaan Sarawak merancang untuk membina dua lagi pusat konvensyen ‘mega’ mirip Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di bandar raya ini dan Miri.
Kabinet secara prinsip setuju laporan audit LCS didedahkan

PUTRAJAYA, 17 Ogos : Kabinet hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
E-placement untuk pegawai jawatan tetap dibuka pertengahan September

PUTRAJAYA, 17 Ogos : Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka sistem e-placement iaitu e-Housemen, e-Dentist dan e-Pharmacist mulai pertengahan September (2022) bagi membolehkan pegawai membuat pemilihan sendiri penempatan secara dalam talian berikutan tawaran pelantikan secara tetap.
Guru disyaki rogol pelajar di Bintulu masih hilang, gaji ditahan – Fatimah

KUCHING, 17 Ogos : Seorang guru yang disyaki sebagai suspek utama kes rogol melibatkan dua pelajar perempuan di Bintulu, bulan lepas masih gagal dikesan oleh pihak berkuasa.
Pengasas DAP Dr Chen Man Hin meninggal dunia

SEREMBAN, 17 Ogos : Pengasas parti DAP Dr Chen Man Hin meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira pukul 5 pagi tadi pada usia 98 tahun.
Lebih 8,900 peserta sahkan penyertaan Kuching Marathon 2022

KUCHING, 17 Ogos : Seramai 8,906 pelari setakat ini telah mengesahkan untuk menyertai acara Kuching Marathon 2022 pada 2 Oktober depan.
Malaysia raih pingat perak acara berpasangan wanita

KUALA LUMPUR, 17 Ogos : Gandingan pemain remaja negara, Anis Hannani Romzi dan Adania Mohd Redzwan, meraih pingat perak dalam acara berpasangan wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia Ke-21 di Bangkok, malam tadi.
‘Ronda’ Pulau Pinang untuk seleweng minyak diesel

NIBONG TEBAL, 17 Ogos : Taktik satu sindiket menyeleweng minyak diesel yang membuat pembelian di beberapa stesen minyak di negeri ini berjaya dibongkarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang semalam.