Kuching terus kecapi pembangunan pesat selepas 34 tahun

KUCHING, 6 Ogos : Ibu negeri Sarawak telah mengecapi pembangunan pesat selepas 34 tahun menerima status bandar raya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
FIFA lancar platform jualan semula tiket rasmi Piala Dunia 2022

ZURICH, 6 Ogos : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melancarkan Platform Jualan Semula Tiket Rasmi untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan peminat yang telah membeli tiket mereka melalui platform rasmi FIFA boleh menjualnya semula di platform itu.
Belum ada tarikh tarik balik sekatan eksport ayam – Nanta

KUCHING, 6 Ogos : Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
13 penjenayah terbunuh berbalas tembakan dengan polis

MOSCOW, 6 Ogos : Sejumlah 13 penjenayah bersenjata terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan pegawai polis Mexico di negeri tengah San Luis Potosi, lapor Sputnik.
Lebih 19,000 hadir hari pertama Jelajah AKM Sarawak – Fadillah

KUCHING, 6 Ogos : Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sarawak menarik lebih 19,000 pengunjung pada hari pertama semalam meskipun hujan hampir sepanjang hari.