Bot nelayan terbakar, 20 kru selamat

MERSING, 5 Ogos : Sebuah bot nelayan terbakar di perairan Kuala Endau, Pahang, semalam (Khamis), namun kesemua 20 orang kru bot tersebut selamat.
Mahkamah putuskan anak lahir di luar negara oleh wanita Malaysia tidak layak dapat kerakyatan

PUTRAJAYA, 5 Ogos : Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.
Jualan murah sempena JAKM Sarawak jadi tumpuan pengunjung

KUCHING, 5 Ogos : Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini meriah dengan kehadiran pengunjung sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Sarawak yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.
Bir seludup RM1.58 juta termasuk cukai dirampas

KOTA KINABALU, 5 Ogos : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas minuman keras bernilai lebih RM658 000 yang dipercayai diseludup masuk ke negeri ini melalui Pelabuhan Sepanggar.
Kerajaan pastikan strategi terbaik tangani isu tuntutan kumpulan Sulu – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos : Kerajaan menyatakan komitmen untuk memastikan strategi terbaik dilaksanakan bagi menangani isu tuntutan kumpulan Sulu terhadap kerajaan Malaysia, termasuk penubuhan Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu Terhadap Kerajaan Malaysia.