Majlis bacaan doa buka tirai tahun baharu Islam 1444HYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengaminkan doa selepas menunaikan solat hajat ketika berkenan hadir pada Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H dan Majlis Bacaan Yasin Hari Pahlawan Tahun 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan semalam. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: Bernama.KUALA LUMPUR, 30 Julai : Majlis bacaan doa membuka tirai tahun baharu Islam 1444 Hijrah sebagai tanda kesyukuran serta menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah yang menjadi titik sejarah penting tamadun Islam.