Ketiadaan China bukan ‘tiket’ mudah raih pingat – Pandelela

SEPANG, 30 Julai : Tanpa kelibat kuasa besar China yang sering mendominasi kolam terjun, Australia, Kanada dan England menjadi ancaman kepada penerjun negara dalam usaha menjelmakan kilauan pingat pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di England.