RoS lulus permohonan UMNO pinda Perlembagaan tangguh pemilihan parti

KUALA LUMPUR, 29 Julai : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dengan sedikit pindaan, berkuat kuasa hari ini (29 Julai), menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Perkembangan sukan terjun negara ‘dicacatkan’ oleh mereka – Abdul Karim

KUCHING, 29 Julai : Sarawak berpendapat Jawatankuasa Teknikal Sukan Malaysia (SUKMA) telah merosakkan perkembangan sukan terjun wanita di negara ini selepas menggugurkan acara berkenaan pada SUKMA ke-20 yang dijadualkan bermula pada 16 hingga 24 September depan di Kuala Lumpur.
Sarawak buru 44 emas pada SUKMA Ke-20

KUCHING, 29 Julai : Sarawak menyasarkan untuk memenangi sebanyak 44 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) di ibu negara, September depan.
Sektor pelancongan Sarawak mula tarik minat pemain industri di Turki

KUCHING, 29 Julai : Usaha berterusan Tourism Malaysia dan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Turki mempromosi keistimewaan Sarawak sebagai lokasi pelancongan unik semakin mendapat perhatian di kalangan pemain industri negara berkenaan.
Penduduk Malaysia dianggarkan 32.7 juta pada 2022

PUTRAJAYA, 29 Julai : Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta orang pada 2021, dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus, demikian menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022.
10 hilang tempat berteduh rumah terbakar di Bekenu

BEKENU, 29 Julai : Kebakaran sebuah rumah di Kampung Padang Kelulit, di sini lewat malam tadi menyebabkan 10 penghuni hilang tempat tinggal.
Kerajaan kaji penetapan harga siling ayam selepas 31 Ogos

PUTRAJAYA, 29 Julai : Kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling runcit ayam standard serta kebenaran mengeksport ayam, selepas pelaksanaan harga siling RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia tamat pada 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.
Festival Maal Hijrah pikat masyarakat dampingi masjid

KUCHING, 29 Julai : Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menganjurkan festival selama tiga hari di Masjid Jamek di sini bagi mewarnai sambutan Maal Hijrah Sarawak 1444H.
Bandar Pintar : MSCA berminat jalin kerjasama dengan Sarawak

KUCHING, 29 Julai : Pertubuhan Bandar Mampan dan Pintar Malaysia (MSCA) berminat untuk menjalin kerjasama dengan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dalam membangunkan bandar pintar.
Saranan Maximus Ongkili perlukan kelulusan Kabinet Sarawak – Abdullah

KUCHING, 29 Julai : Sebarang tindakan susulan di Sarawak susulan kelulusan Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung larangan Ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat semalam perlu mendapat kelulusan Kabinet Sarawak.