Status Bandar Gastronomi UNESCO bukti kepelbagaian dimiliki Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 28 Julai : Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan kejayaan Bandaraya Kuching disenaraikan dalam Rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi menjadi bukti kepada kepelbagaian dan identiti negeri ini.
Malaysia lakar sejarah, undang-undang larang lompat parti dilulus Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Julai : Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air.
Hector Bidoglio ketua jurulatih JDT baharu

JOHOR BAHRU, 28 Julai : Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bekas pemain Venezuela Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta.
Kadar notifikasi kematian Hepatitis B, C di Malaysia meningkat – Khairy

KUALA LUMPUR, 28 Julai : Kadar notifikasi kematian Hepatitis B dan C di Malaysia menunjukkan peningkatan dengan masing-masing kepada 0.16 dan 0.27 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, berbanding 0.13 dan 0.19 orang bagi jumlah sama pada 2015.
Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing

KUALA LUMPUR, 28 Julai : Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan dan belum pulih sepenuhnya walaupun sempadan negara telah dibuka pada 1 April 2022.
KKM alu-alukan permohonan percubaan klinikal produk ekstrak kanabis untuk perubatan

KUALA LUMPUR, 28 Julai : Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan sebarang permohonan untuk menjalankan percubaan klinikal ke atas keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi apa-apa tujuan perubatan di Malaysia.
Jumlah perdagangan Sarawak naik 27.8 peratus kepada RM150.9 bilion pada 2021 – DOSM

KUCHING, 28 Julai : Jumlah perdagangan Sarawak bagi 2021 merekodkan pertumbuhan 27.8 peratus kepada RM150.9 bilion berbanding RM118.1 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pembelian petrol dan diesel melebihi 20 liter perlu permit khas

PUTRAJAYA, 28 Julai : Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan persendirian dengan kuantiti melebihi 20 liter perlu memohon permit khas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Perdana Menteri akan lepaskan peserta konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia

KUCHING, 28 Julai : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melepaskan peserta Flag Off Kembara Merdeka Keluarga Malaysia sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Sabtu ini.
Visa kemasukan berganda pelancong ke Malaysia wajar dipertimbangkan

KUCHING, 28 Julai : Malaysia bersedia untuk memperkenalkan visa kemasukan berganda untuk pelancong ke negara ini sebagai usaha untuk memulihkan semula sektor pelancongan.