Guru besar SK Bawang Assan ditemukan meninggal dunia dalam kereta

SIBU, 26 Julai : Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Assan, Stanley Bohari ditemukan meninggal dunia dalam keretanya di lampu isyarat Jalan Ling Khai Cheng dan Jalan Deshon, dekat sini petang semalam.
Subseksyen 4(5) SOSMA dilanjut lima tahun lagi

KUALA LUMPUR, 26 Julai : Usul lanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini, diluluskan Dewan Rakyat hari ini.
Remaja 18 tahun maut, kereta dipandu langgar pokok

MIRI, 26 Julai : Seorang remaja lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Bypass Kuala Baram.
GRS siap sedia hadapi PRU-15

KOTA KINABALU, 26 Julai : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah bersiap sedia menghadapi piliharaya umum (PRU)15 akan datang.
Bayi lapan bulan maut disyaki didera, ibu ditahan

IPOH, 26 Julai: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian badan, dalam kejadian di Sungai Siput dekat sini semalam.
Persediaan awal KKM hadapi COVID-19, cacar monyet tidak memungkinkan negara laksana PKP, kawalan sempadan

KUALA LUMPUR, 26 Julai : Persediaan awal yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam berdepan dengan peningkatan kes COVID-19 dan kebarangkalian penularan jangkitan monkeypox dalam negara tidak memungkinkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun kawalan sempadan negara.
Nilai ringgit secara menyeluruh, bukan banding dengan dolar AS semata-mata

KUALA LUMPUR, 26 Julai : Penilaian kedudukan dan pertumbuhan ringgit perlu dilakukan secara menyeluruh dan bukan hanya dibandingkan dengan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) yang meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama dunia, dalam menentukan prestasi sebenar mata wang tempatan.
Perodua sumbang peralatan perubatan untuk Hospital Umum Sarawak

KUCHING, 26 Julai : Perodua meneruskan lagi sokongannya terhadap hospital awam dengan menyumbang peralatan diagnostik perubatan untuk Hospital Umum Sarawak di sini, serta hamper kepada para pesakit dan kakitangan.
Jepun sahkan kes pertama cacar monyet

TOKYO, 26 Julai : Jepun mengesahkan kes pertama cacar monyet pada Isnin melibatkan seorang lelaki berusia 30-an di Tokyo, lapor agensi berita Kyodo memetik kerajaan metropolitan Tokyo.
Dua lelaki didakwa bunuh warga Pakistan

PETALING JAYA, 26 Julai : Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kondominium di Kelana Jaya, awal bulan ini.