Kanak-kanak empat tahun didera ibu angkat ditempatkan di pusat jagaan JKM

ALOR SETAR, 23 Julai : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menempatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki didera ibu angkatnya, di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bersatu tidak lemah jika Santhara keluar parti – Hamzah

LARUT, 23 Julai : Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar yang dilapor akan keluar daripada Bersatu tidak akan memberi kesan atau melemahkan parti itu.
Dua rakyat Malaysia ditahan rakam gambar ‘dedahkan’ fasiliti Tentera Indonesia

JAKARTA, 23 Julai : Dua lelaki rakyat Malaysia dan seorang warga China ditahan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Ambalat kerana dipercayai merakam fasiliti tentera di situ tanpa kebenaran.
Kerajaan luluskan penggunaan sistem kesan maklumat pelarian UNHCR

LARUT, 23 Julai : Kerajaan meluluskan Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) untuk diguna pakai secara besar-besaran terhadap semua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam kalangan pelarian (UNHCR) di negara ini.
Penyu agar ditemukan mati, dipercayai akibat unsur khianat

KUALA TERENGGANU, 23 Julai : Satu lagi bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bidara dekat Dungun hari ini yang dipercayai mati akibat unsur khianat.